Sunday, October 31, 2010

~Trend Diet tak makan nasi~

Post hari ini di ambil dari blog Jom MAsak..

MAri sama2x fahamkan..

Trend diet tak makan nasi.. <--- Klik sini untuk ke LInk

Nowadays ramai yang nak slim, diet, dengan tak makan nasi. Macam-macam feedbacks yang kita dengar, such as berjaya kuruskan badan hanya dalam masa beberapa bulan, then ada yang kata bila dah mula makan nasi balik, badan terus naik mendadak.

Tak kira if the method works or not, but is it really safe that way?

Mengamalkan tak makan nasi sebenarnya mengamalkan diet tak seimbang. Nasi kan sumber karbohidrat. Usually, seseorang tu berhenti makan nasi, tapi masih makan makanan lain yang tak berkhasiat dan mengandungi lemak tinggi. Tanpa disedari mereka sebenarnya memasukkan kalori dengan jumlah yang banyak, dan berpotensi menaikkan berat badan pula.

Sepatutnya, kita tak perlu mengelak makan nasi, just kurangkan portion saja. Ramai yang mengelak makan nasi tengahari dan ambil lauk-lauk sahaja. Sebenarnya cara ni salah, sebab tubuh kita akan makin cepat lapar kerana tak ada kandungan karbohidrat. Pada waktu siang kan badan kita paling kuat bekerja dan perlukan tenaga.

Kalau tak mahu makan nasi sekalipun, gantikan dengan sumber karbohidrat lain seperti roti, pasta, kentang, atau jagung. Atau ganti nasi putih dengan brown rice!


 


Rujukan:
http://www.hotfrog.co.id/Companies/Threestar-E-Voucher/Tidak-Makan-Nasi-Sehatkah-Diet-84369
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/baikburuk_diet.asp

~Bersawang dah~

Isk.. mcm dah lama dah tak update blog ni..

Yang membawa maksud ... Diet aku pun sama bersawang..

Baiklah mari sambung kembali.....

Thursday, October 14, 2010

Entry 2nd~ Perkiraan tempoh masa

Ini adalah entry kedua bagi blog ini..

Hari ini aku akan mengira tempoh masa sesuai untuk berdiet..

Kira dalam masa inilah aku kena turunkan berat badan..

Kerana jelas kata doktor jika kita mengambil produk menurunkan berat badan akan membawa kesan sampingan kepada kita. memang ia berhasil dan dalam tempoh yang singkat akan berjaya. tetapi tempoh masa panjang adalah tidak. Buah pinggang kita tidak mampu untuk bekerja lebih masa. mula-mula mmg ok tp bila dah lama boleh merosakkan buah pinggang..

Berbalik kepada perkiraan..

BMI kini 97.5/(1.7x1.7) = 33.7

BMI Ideal Max = 25
BMI Ideal Min = 20

Untuk aku mendapatkan BMI Ideal Max aku memerlukan berat sebanyak :

X/(1.7x1.7) = 25
X = 72.3 kg

Untuk aku mendapatkan BMI Ideal Min pula :

X/(1.7x1.7) = 20
X = 57.8

Aku memilih untuk BMI Ideal Max ( hahaha.. gilak mau 57.8 kg saja tinggal.. sik mauk kamek gitu.. sik kacak) hahaha

Tempoh yang perlu aku ambil adalah:

Berat kini - Berat BMI Ideal Max = 97.5 - 72.5 = 25 kg

Target seminggu 500gram harus diturunkan..

JAdi 25000 / 500 = 50minggu

50 minggu = 12.5 bulan = 1 tahun 5 bulan

Jadi hasil yang seharusnya aku dapat adalah selepas 1 tahun dan 5 bulan..

Lambatnyaaaa....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bagi aku tak pe lambat.. dari aku tak buat terus.. ehhee.. ok daaaaa...



Intro ~ 1st posting

Ini adalah posting pertama aku bagi blog ini..
Blog ini dibina adalah untuk menjadi guide line kepada diet aku..

Biar orang lain tahu apa yang aku buat...
Kalo diam sorang-sorang je..
mungkin diet aku tak jadi...

Sedikit tentang aku..
Nama Noor Hafizah Binti Abd Rahim
BErusia 24 tahun..
Lahir di bulan September..

MAsalah yang aku hadapi adalah ..
Aku adalah seorang yang GeMok..

Tinggi aku adalah 170cm..
Dan berat kini (14/10/2010) adalah 97.5kg..

Mengikut perkiraan BMI aku adalah 33.7..

Dimana lebih daripada 30 adalah milik seorang yang obesiti..

AIYArKKKK..


It`s me...